Maybank Memperkenalkan M2u Pay ?

Salam,

Baru-baru ini Maybank2u telah melancarkan platform terbaru untuk usahawan online bagi memudahkan para penjual online menyemak bayaran pembeli secara terperinci seperti masa,jumlah duit bank in, dan sebagainya. Anda cuma perlu memasukkan kod HTML yang diberi oleh pihak Maybank ke dalam blogshop anda seperti butang di bawah akan terhasil.


Transaksi jualan terperinci di bawah anda boleh semak di dalam Maybank2u pay anda :

  • Tarikh & masa transaksi
  • Maklumat transaksi & status
  • Nama pembeli & e-mel
  • Amaun yang dipindahkan

Jadi kes penipuan dapat dikesan dengan mudah jika ada pelanggan ingin menipu jualan anda. Senang bukan?Lepas ni tiada lagi isu berbangkit mengenai keluhan peniaga online untuk mendapatkan details pembeli.


Buka semua orang boleh memohon Maybank2u pay ini. Siapa yang berniaga online pakai platform Facebook memang tak boleh sudah !! Yang ada blogshop lagi boleh tapi terhad kepada kategori yang ditetapkan oleh Maybank.

Selain itu, Maybank2U pay ini ada terma dan syarat seperti di bawah :

Terma & Syarat-syarat bagi pendaftaran

  • Mesti mendaftar penggunaan untuk  Maybank2u
  • Hanya dibenarkan untuk Pelanggan Individu & Proprietary
  • Pelanggan hanya boleh mendaftar satu akaun sahaja
  • Pemegang Kad Kredit tanpa Akaun Semasa atau Simpanan tidak dibenarkan untuk memohon
  • Semua Staf Maybank tidak dibenarkan untuk memohon

Setakat ini, ada 4 jenis perniagaan sahaja yang akan diluluskan oleh oleh pihak  Maybank.

  1. Aksesori & Pakaian
  2. Elektronik
  3. Makanan
  4. Muzik & Buku

jadi, pilih niches anda dan buat permohonan Maybank2u pay sekarang. Mudah, senang dan pantas !

Boleh berkunjung ke laman web rasmi Maybank untuk mengetahui M2u pay ni 

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023