Cara Daftar Nama Domain Baru

Post kali ni bersambung dari post dahulu. Kali ini kami bawakan tentang cara daftar nama domain dengan mudah sekali.


Boleh daftar disini > Daftar Domain di NetKL < seterusnya Klik "Domain"




Klik Pada Domain
Taip nama Domain yang anda mahu dan tekan check availability utk pastikan masih "available"


i) Pilih dot com jika anda mahu .com
ii) Sahkan verification kod seperti di no 3


Apa Itu Nama Domain (NetKL)

Salam,

Nama Domain tu apa?

Nama Domain ialah nama atau alamat sesebuah laman web/blog. Ok, faham, Mari baca kat bawah nie.

Saya lebih suka menggunakan nama domain sendiri dengan kata lain URL ( Universal Resources Locator)  (betul tak eja nie ?) yang pendek. Kalau perkataan yang panjang sukar nak ingat. Kalau ada nama domain sendiri mudah la pengunjung nak ingat kan. Contoh macam kat bawah nie :
  • www.shafiqraduan.com - Lebih ringkas dan cun gituu.. hehe 
  • www.shafiqraduan.blogspot.com @ www.shafiqraduan.wordpress.com - Aduii, 'sesak nafas' nak baca panjang kan dan berserabut.
Jadi, untuk mendapatkan nama domain kena labur sikit je. Tak mahal mana pun dalam RM35 untuk setahun. Bayaran berulang-ulang selagi kita nak pakai nama domain tu tau. Saya pakai servis dari NetKL jew. Selain berpatutan, servis ok selama saya duk guna nie. 

Tak dak apa-apa masalah lagi. Jadi, blogger yang tak dak nama domain tu cepat-cepat daftar la sebab kalau nama domain anda dah ada orang beli, alamak menangis tak berlagu dibuatnya. Satu nama domain untuk seorang sahaja, tak boleh sama. Kalau dah ada orang pakai nama domain tu, anda perlu daftar nama lain :)

Tips Pemasaran : Apakah disebalik Up-selling dan Down-selling ?

Secara ringkasnya, penjualan beretika bermaksud menjual dengan prinsip yang betul. Anda menjual dengan cara yang tiada siapa rasa rugi. Walaupun pelanggan membayar anda, pastikan bahawa mereka tidak membayar lebih dari nilai produk anda. Anda tidak mengenakan harga yang berlebihan. Anda hantar apa yang mereka harapkan. Jika anda memupuk semua prinsip ini, anda adalah penjual beretika.

Tetapi anda perlu mempromosikan produk anda, bukan? Menjual secara terang-terangan tidak baik untuk anda, tetapi terdapat beberapa cara menjual yang lembut yang  mana anda boleh promosikan produk dan tidak seolah-olah terlalu mendesak juga. Konsep penting yang pertama yang datang ke fikiran ialah produk up-selling dan down-selling. Mari kita lihat apakah maksud kedua-dua itu. Kedua-duanya jatuh ke dalam istilah penjualan beretika.

Belajar Buat Muffin Menguntungkan ?

Hai,

Cerita hari ni saya nak kongsikan susah payah seorang pengusaha bakery dalam meniti arus-arus kehidupan bersama anak, dan juga suami tercinta.

Jum kita baca kisahnya...

Kenapa bakeri menjadi pilihan kami? Sebabnya mudah. Ia boleh dimulakan dengan apa yang ada di rumah.

Kami bermula dengan sebuah oven kecil yang digunakan setahun sekali untuk membuat biskut raya. Kami membesarkan bisnes kami sedikit demi sedikit. Malah kami tidak akan ketinggalan untuk menghadiri kelas, kursus yang ada untuk menambah ilmu.


Postur Tidur Yang Betul?

TAHUKAH ANDA POSTUR BADAN YANG SALAH SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI ADALAH PENYEBAB UTAMA SAKIT BELAKANG? JOM KITA CHECK ADAKAH POSTUR BADAN KITA BETUL ATAU SALAH!

CARA MENGANGKAT BARANG

• Cara Betul
>Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
>Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.

• Cara Salah
>Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang berat.
>Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
>Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan yang melampau kepada tulang belakang anda.
>Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.

CARA DUDUK

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023