Review Guna Palmer's Cocoa Butter Lip Balm.

Hai,

Pernah guna LipBalm? Apa ciri-ciri lipbalm kesukaan uolls sebelum beli??

Biasa la kan kalau bibir dah kering semestinya kita akan cuba cari produk yang sesuai untuk dioleskan pada bibir agar kelihatan lembab dan tidak merekah..

Mee Kuning : NuMee Produk Baru Dari Gardenia

Hai,

Bagaimana dengan hari minggu anda? Tak memasak ker? Eh, sekarang ni Gardenia dah keluarkan produk baru, yang pasti bukan roti lah tapi Mee. Iyaa, mee kuning yang selalu kita makan tu tapi ni nama nya NuMee by Gardenia

Jangan risau, kalau malas sangat nak masak kini anda boleh je masak mee goreng.. Bahan-bahan nak dapat pun mudah. Buka peti ais pun ada kan.. hehe.. Jom cuba NuMee Gardenia


CARA JIMAT BELI TIKET AIR ASIA GUNA KAD BIGPAY

Hi,

Kebiasaan anda mesti ada kad bank yang ada di Malaysia kan.. Tapi sekarang sudah ada kad terbaru dari Air Asia, BIG PAY. Kad colour biru tu! Untuk kaki travel disarankan ada kad BigPay nie, bukan apa.. memudahkan urusan anda untuk booking tiket flight dan tiada sebarang caj booking dikenakan. 


Kad BigPay sudah selamat diterima. Warna biru laut yaa 

Cara Buat Add On Air Asia Selepas Booking

Hai,

Anda seorang traveller? Sering juga membuat tempahan tiket Air Asia ketika FreeSeat mahupun hari biasa kan. Tapi masa murah kekadang kita lupa dan tak berminat lagi nak buat Add On seperti makanan, bagasi tambahan, insurance, nak pilih seat Air Asia dan juga shopping barang bebas cukai. 

Photo by airasia page

8 Tips Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Hi ,

Tudung sekarang sudah pelbagai jenama yang diusahakan kian mendapat permintaan dalam pasaran. Begitu juga anda, kalau nak mula berjinak dalam bisnes tudung jangan tunggu lagi. Mulakan sekarang kerana setiap hari ada sahaja jenama baru tercipta

Potensi Ternak Kambing Untung Lumayan

Hi,

Jika anda seorang usahawan kambing, ternyata usaha itu bukan sia sia. Orang beli kambing kebanyakkan untuk daging nya betul kan? Tapi hasil untuk seekor kambing boleh kita pelbagai kan bentuk pendapatan

Sekarang, industri ternakan kambing pun dah makin berkembang. Dengan adanya teknologi, kini ramai usahawan ternak kambing muncul untuk menampung permintaan terhadap daging kambing segar serta yang nak saya ceritakan harini ialah SUSU KAMBING

Mee Segera Serda: Rasa Masam & Pedas

Hi,

Tatkala termenung..nampak lah si mee segera yang di panggil SERDA ni.. Kalau di Kelantan istilah megi siam. Memang pun disitu ada tulisan Thai yang tidak asing lagi kalau produk macam ni mula masuk di kawasan pantai timur terutama Kelantan

Mee segera SERDA ni memang popular suatu ketika dahulu kerana rasa nya yang unik dan berbeza dengan mee segera sedia ada di pasaran Malaysia. Mee segera SERDA dijual dalam pek seperti dibawah dan kalau anda nak banyak untuk dijual, maka ada je dah siap pack dalam kotak. Sekotak ada 30 bungkus tau!

Review Aiken Tea Tree Oil Micellar Cleansing Gel

Wahh, bestnya.. AIKEN dah keluarkan produk baru tapi saya baru je nak mencuba nya. Memang kalau ada produk baru dari Aiken anda boleh cuba..

Domain & Hosting Murah NetKL Network


Hi,

Ada dalam kalangan anda yang mahukan domain dan hosting harga berbaloi serta mampu milik?

Maklumla kan, kedai online atau blog anda contohnya mestilah nampak profesional baru lah orang mudah percaya nak baca

Disini saya nak bagitau, jawapan nya NetKL.. Dah lama saya juga pernah guna khidmat domain dari NetKL.. 


Cara Bayar Zakat Fitrah Online Guna Maybank2u

Hai,

Bulan ramadhan kian ke penghujung nya. Bagi mereka yang belum tunaikan zakat fitrah kini sudah boleh bayar melalui online Maybank2u je. Semudah klik 123 dah pun siap!

Tanpa membuang masa, mai saya ajar macam mana nk bayar zakat fitrah online. Ni saya guna paparan maybank2u Classic. 

Kalau paparan baru saya tak explore sangat.. Boleh je click back to Maybank2u classic semasa anda di paparan baru terkini. Ada button anak panah !

Cosmoderm Buat Sales

Hai,

Ada yang guna Cosmoderm pencuci muka disini? Saya dah lama pakai jenama ni sejak 5 tahun lepas dan tidak pernah bertukar jenama lain. Rangkaian Cosmoderm saya hanya guna pencuci muka sahaja. Keluaran Cosmoderm yang lain saya belum mencuba nya lagi

Promosi di website Cosmoderm 40% tau, susah nak dapat semurah ini

Resepi Nasi Ayam Mudah

Hi,

Sedap kan kalau menu nasi ayam untuk lunch? Bukan apa, nasi ayam ni bukan je kegemaran saya je malah anda semua yang sedang membaca ni kan? Kalau makan di kedai sepinggan tu tak cukup jadi boleh cuba buat sendiri dari dapur rumah anda

3 in 1 Bekas Air Untuk Raya

Hi, 

BARU ADA CLASS GUNA BEKAS AIR CAMNI !!

Haa, kini dengan bekas air camni sis boleh buat air yang sedap-sedap sekali gus! 

Jiran sebelah pun takdakk mcm ni kan. Jadilah yang terawal akak guna di kawasan akak hehehe :)

3 in 1 Bekas Air Untuk Raya

Satu set yang cantik dan menarik diruang tamu

8 Steps Mudah Puding Roti Warna Warni

Hai,

Bulan puasa best kan ada pencuci mulut lagi meriah dihidangkan pencuci mulut buat sendiri. Bukan apa, buat sendiri lebih jimat duit dan boleh makan satu keluarga. Bagi penggemar pencuci mulut elok je buat sendiri untuk makan anak beranak, ye tak??

Ada sesetengah orang suka ke bazar ramadhan mencari pencuci mulut. Ofcoz kat sana boleh buat anda rambang mata dan terbeli apa yang tak patut. Kini, saya kongsikan resepi puding roti ringkas dan senang disediakan
Belum keras lagi, kena simpan dalam peti ais 

Jejalan Hujung Minggu di Bukit Malawati Kuala Selangor

Hai,

Selamat berhujung minggu. Kalau hujung minggu anda pergi mana je? Kini, untuk mereka yang berhampiran kawasan Kuala Selangor boleh pergi ke Bukit Malawati. Wow, saya pun baru tau situ merupakan tarikan pelancong dan lebih meriah jika anda datang hujung minggu

Bestnya naik tram... kalau larat nak panjat bukit boleh jalan perlahan-lahan.. tapi kami cuba naik tram dengan bayaran RM3 sahaja termasuk pergi dan balik. Ala-ala pelancong luar pula rasa nya. Biasala hujung minggu memang agak ramai pelancong tempatan bersama keluarga masing-masing kesini


Perkhidmatan kereta api (trem) juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad, Sabtu dan cuti umum


7 Cara Mudah Reprint Boarding Pass Air Asia Guna Mesin Kioks di KLIA2

Hai,

Best kan kalau dapat naik kapal terbang ? Tapi naik kapal terbang ada langkah-langkah yang perlu diikuti walaupun anda sudah ada tiket iaitu cara nak dapatkan boarding pass. Pass masuk ni bertujuan untuk sahkan kita ni penumpang yang sudah check in dan boleh lalu security check dengan selamat & tenang .. hehe

Untuk check in flight Air Asia membenarkan penumpang berbuat demikian dalam masa 14 hari sebelum berlepas. jadi, dalam masa 14 hari kita dah boleh check in flight kita termasuk laluan domestik dan laluan antarabangsa

Berkunjung Ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019

Hai,

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2019 dah melabuhkan tirainya. Seperti biasa saya dan kawan saya berkesempatan pergi pada malam tersebut untuk mendengar sendiri bacaan ayat suci Al Quran oleh para qari dan qariah bertanding

Nie pertama kali tau saya kesana. Sebelum ni tak pernah lagi pergi mana-mana majlis tilawah alquran ni. Tanpa merancang untuk pergi pun tetiba kawan saya ada bagitau majlis tilawah ni diadakan di KL Convention Centre.

Jadi, saya disana berkesempatan untuk menerjah gituu. Kena rasa sendiri pengalaman depan mata. Sebelum ni kita asyik tengok dalam TV je kan..

Pantang jumpa banner jer kita selfie ramai2

Pengalaman Makan Manhattan Fish Market di Quill City Mall

Hai,

Kalau rasa nak makan ayam mesti pergi KFC kan, burger pula mesti terlintas MCD. Macam mana kalau rasa nak makan menu berasaskan ikan, sebabtu kita kena pergi Manhattan Fish Market. Nama pun dah macam international

Untuk pengetahuan Manhattan ni berasal dari Malaysia dan kini melebarkan sayap perniagaan ke 72 restoran di Asia dan Timur Tengah termasuk Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Myanmar, Oman, Japan, Bangladesh, Qatar, United Arab Emirates, Brunei and Maldives

Pengalaman makan ikan dory di Manhattan Fish Market sempena promosi 

Goodday Susu Kurma Edisi Baru

Hai,

Eh, Goodday ada keluarkan susu. Susu apa? Tentulah susu kurma. Skrg ni pun dah ada beberapa pilihan susu kurma pelbagai jenama. Yang saya kenal masa mula-mula dulu Farm Fresh tu la. Hatt tu sebijik rasa susu segar dicampur kurma. Now, kita cuba jenama Goodday pula, tak salah kan bertukar rasa!

Kalau dilihat gambar ni, katanya ditambah ekstrak kurma. Kurma kan sekali skala dia muncul dalam bulan puasa je banyak dijual. Kini, kurma sudah ada dalam susu haha . Susu Kurma ni pun baru je ada dalam pasaran

Kita cuba pek kecil 300ml sesuai ke tidak ye kan. Maklumlah, perisa baru!

Mee Cintan Perisa Kari Kesukaan Saya

Hai pembaca yang saya kasihi,

Macam biasa la kan kalau tiba malam hari tapi mood memasak tu kelaut tetiba ada Mee Cintan Perisa Kari buat anda tak jadi nak lapar. Mee Cintan ni sebenarnya sudah lama dalam pasaran cuma saya baru nak cuba je hahaha

Sebelum ni takpernah beli. Kalau jejalan dalam pasaraya memang banyak kan jenama bersusun diatas rak. Yang mana selalu makan itu lah yang dibeli ye dakk? Jom kita cuba Mee Cintan Perisa Kari. Nampak seperti pembukusan edisi baru berbanding beberapa tahun yang lepas
Untuk pengetahuan anda, Mee Cintan ni ada perisa lain juga seperti tomyam, asam laksa, seafood, ayam dan banyak lagi

Kuih Lapis Tepung Beras Buat Sendiri

Waktu cuti datang lagi! Kalau masa cuti ni lah kita rajin skit nak cari resepi untuk dibuat. Resepi kita yang mudah-mudah je sebab nak cepattt. Lagi cepat masak, lagi cepat boleh makan. Hahaha . Dapat idea ni haa, Kuih Lapis

Tengok orang jual kat pasar minggu tak terfikir nak buat sendiri . Mungkin malas nak buat satu lapis demi lapis sehingga siap. Tapi, sebelum ni saya jenis tak amik kisah camne nak buat kuih lapis ni . So, kita tau makan je la

Rupanya, nak buat kuih lapis versi mudah ni tidak terlalu cerewet sangat nak cari bahan-bahan mentah. Siapa suka makan kuih lapis dan berhajat untuk buat sendiri dari rumah boleh ikut resepi yang saya dah cuba ni, Kuih Lapis Tepung Beras Homemade!!


Ok, ini rupa dia.. Gebu, lembut dan sesuai untuk budak-budak

Cara Buat Laksam Kelantan Simple

Hujung minggu tak tau nak buat apa kan. Rasa nak makan laksam kelantan. Kalau pergi Kelantan memang mudah nak jumpa laksam. Memang sedap sangat, kalau makan sekali pasti nak tambah lagi. Oh, laksam kelantan ni nak buat pun mudah. Stakat nak makan anak branakk mudah je buat sendiri kan. Yang penting, bahan-bahan mentah pun senang nak beli di kedai runcit je pun

Resepi laksam simple dan mudah, Kalau nak ikut boleh guna bahan-bahan dibawah ini :

  • Tepung beras 3 cawan
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • 1 sdu besar tepung ubi kayu (takde takpe)
  • 5 cawan air
  • Garam skit nak bg ada rasa
  • Minyak 1 sudu

Cara membuat nya :

1. Bahan diatas tu anda campur semua skali dalam satu bekas besar dan kacau
2. Panas kan pengukus
3. Dalam pengukus kena letak tudung periuk jenis leper. Tak nak ada bonggol tau hehe
4. Oleskan sedikit minyak pada penutup periuk
5. Letak lah sedikit adunan tadi dan biarkan 5-7minit sampai adunan tu masak
6. Nak tau adunan dah masak, tepung tu naik gelembung2 udara
7. Boleh angkat dan gulung seperti dibawah

p/s: Guna cawan yang sama. Cawan yang minum kopi pun boleh. Jenis cawan pendek


Campur kan semua bahan diatas lepas tu kacau lah bagi sebati. Jgn berketul tau!

Pertama Kali Makan Mee Kolok Sarawak

Hai,

Dah cuba ke makan mee kolok?

Kalau bertandang ke Sarawak tak sah kan tak cuba dan cari mee kolok. Memang la tak dinafikan kalau nak cari mee kolok asli ternyata skali banyak di Sarawak . Dah pun asalnya disana mee kolok kan. Bagi kami yang julung kali sampai kesana of course lah nak rasa dan cuba mana yang sedap

Cara Mudah Semak/Check Baki Akaun ASNB

Hai,

Tengah tunggu Dividen ASNB ke tu? Tau tak nak semak baki ASNB kini dihujung jari !

Buat mereka yang sudah membuka akaun ASNB, kini tidak susah lagi jikalau tuan/puan nak semak baki semasa ASNB. Sudah boleh semak online melalui Portal MyASNB dan juga melalui Maybank2u.

Saya nak cerita pasal Maybank2u je ni. Tak perlu daftar, Maybank sudah autolink dengan pemilik akaun guna IC sama kan.. gituuu

Melalui Maybank2U apps/dekstop :

  • Log masuk ke Maybank2U anda melalui apps atau dekstop
  • Tekan menu diatas dan cari  perkataan Wealth
  • Akaun ASNB anda sudah dilink . Just tekan View untuk paparan baki semasa
  • Baki akaun dipaparkan serta merta
Perhatikan gambar dibawah, mudah je,

ASNB di pautan ini. Klik Wealth yaa . Tak perlu daftar, sudah autolink

Beli Bagasi Baru Lagi

Hai,

Kita baru je beli bagasi baru, memandangkan yang lama dah rosak, tayar sudah tercabut maka saya dengan ini sepantas kilat membuka apps Shopee pada asalnya nak cuci mata je. Eh, banyak pula bagasi yang sesuai untuk buat melancong

Saiz 20inci sesuai untuk handcarry

i-Saraan KWSP untuk Golongan Bekerja Sendiri

Pernah mencarum untuk diri sendiri walaupun anda bukan makan gaji tetap? Jika belum, mari baca skim baru KWSP untuk golongan tidak mempunyai pendapatan tetap. Saya ada baca di website KWSP bahawa kerajaan akan bagi 15% sebagai sumbangan bagi menggalakkan anda menyimpan dalam skim ini. 



Ebook Bisnes Shopee

Ebook Panduan Bisnes Di Shopee


Hah!! Dalam ebook panduan ini, penulis dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Shopee, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada nak pos barang tu kepada pembeli!

Memang complete!

Kisah En Rahman Membuat Jualan Di Shopee

En. Rahman, Gaji Tak Cukup & OT Kena Sekat!

En Rahman ni usianya sudah 50 tahun, dia seorang pekerja kerajaan pangkat biasa-biasa sahaja. Bila jumpa dia, selalu dia merungut tentang pendapatannya yang tidak cukup dan OT yang telah disekat. 

Jadi, saya pun perkenalkan Shopee kepada dia. Walaupun dia adalah seorang yang boleh dikatakan agak berumur dan buta IT, tetapi dia mudah faham apabila menggunakan Apps Shopee ini.

Dengan hanya berbekalkan handphone Samsung Galaxy yang ada, dia telah mendownload Apps Shopee dan mula belajar.

Sebelum itu, dia kerap membeli produk menambah kekuatan tenaga lelaki daripada seorang penjual. Jadi, saya cadangkan kepada dia untuk bertanya kepada penjual itu, samada penjual tu ada menawarkan dropship atau borong. 

Nasib dia baik sebab penjual tu bersetuju menawarkan dropship kepadanya dan keuntungan setiap barang agak lumayan!  RM50 untung bersih untuk satu produk. 

En Rahman pun cuba-cuba memasukkan info produk tersebut di dalam kedai Shopee nya, dan tidak lama selepas itu, dia dapat pelanggan pertama. Apa lagi, terus dia call penjual tadi tu dan tempah produk daripada penjual itu. 

Kemudian penjual itu terus hantar produk tu kepada pembelinya. Dalam minggu pertama, dia dah berjaya dapat 10 orang pembeli dengan keuntungan bersih sebanyak RM500 seminggu. Sekarang kedai En. Rahman semakin hebat dengan beratus-ratus jenis produk, pelanggan semakin bertambah dan dia  tidak lagi memerlukan OT dan sedang berkira-kira untuk pencen awal.

Macam Mana Berniaga di Platform Shopee

Hai,

Mungkin ramai yang sudah mengenali Shopee, alahh tempat membeli belah online tu. Katanya ramai orang suka shopping di Shopee sebab harga yang ditawarkan murah.

Suatu ketika dahulu ramai orang hanya membeli sahaja di Shopee, Kini sudah ramai yang menjual barang di Shopee. Anda dah ada kedai Shopee?

Rata - rata peniaga di Shopee terdiri daripada pemborong, peruncit dan lebih ramai juga yang bergerak secara dropship.

Mereka tidak menyimpan barang malah mereka cuma promosikan barang daripada pembekal. Saya pun suka kaedah dropship je sebab tak perlu pegang stok.

Kartini Berjaya Membuat Jualan Di Shopee

Kartini Baru Lepas Grad!


Cik Kartini, 25 tahun seorang lulusan Ijazah daripada universiti tempatan, dia gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya walaupun telah hadir berpuluh-puluh temuduga. 

Bagi menampung pendapatan, dan membantu ibu bapanya, dia telah bekerja di sebuah supermarket berhampiran rumahnya sebagai promoter.

Gaji yang dia  terima adalah untuk kelayakan SPM sahaja, tetapi memandangkan peluang kerjaya masih belum ada untuknya, dia teruskan juga bekerja disitu.

Apabila saya menerangkan tentang konsep Shopee kepada dia dan dia menggunakan kelebihan bekerja disitu dan mengamalkan Teknik Firefighter (ada saya kongsikan dalam ebook), dia semakin seronok bekerja sambil-sambil menjual di Shopee

Sekarang pendapatan dari Shopee dia dah cecah 5 kali ganda daripada gaji seorang promoter. Dia masih lagi bekerja sebagai promoter sambil-sambil ber"Shopee" kerana bisnes Shopee yang dia lakukan itu tidak langsung mengganggu kerja dia sebagai promoter!

Kini, cik Kartini sudah menjadi sebahagian Usahawan Online Shopee!!

Pengalaman Makan di Seoul Garden

Hai,

Pengalaman Makan di Seoul Garden 

Wehh!! bagi peminat steamboat atau suka kan masakan jenis sup elok sangat anda pergi Seoul Garden

Thanks akak tudung pink belanjerr dan akak baju bunga teman skali haha

Saya pun sebelum ni tak pernah jejak kaki ke Seoul Garden memandangkan ia nampak seperti sebuah restoran makanan mewah hahahaha, lepas dah cuba dan makan baru lah terpikat hati

3 Contoh Barang Dropship Menguntungkan

Hai, bertemu lagi 

Kemunculan teknologi internet yang sangat pesat kini perniagaan atas talian semakin melonjak naik sekali gus membuatkan bisnes online kini boleh mengaut keuntungan lumayan untuk para peniaga. Pernah buat dropship? Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala memikirkan produk apa yang mahu dijual, anda boleh sertai dropship

DROPSHIP terus dari kilang supplier di CHINA.. Istilah nya jual barang orang dan cuma ambil untung sendiri. Jom kita tengok beberapa kategori produk atau barangan yang laris dijual online seperti dibawah:

1. Barang bayi
Baju bayi serendah 5.39 Yuen, lebih kurang RM3.50++

Review Nivea Micellar Water Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

Hai,

Normal la kan kalau kulit berminyak dan berjerawat memerlukan penjagaan wajah yang rapi serta pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit muka. Salah pakai produk boleh merosakkan sel kulit dan kesan sampingan akan timbul ..


Review Produk Guardian Aloe Vera Gel

Hai,

Anda mungkin berminat dengan entri kali ini kerana saya akan mengupas sedikit sebanyak berkaitan produk Guardian Aloe Vera Gel. Saya pertama kali menjumpainya semasa berkunjung ke Guardian. Maklumlah, aloe vera kan sudah bertahun dulu digunakan sebagai ramuan kecantikkan dan kini ramai pengguna memilih produk berasaskan Aloe Vera

Buat Bisnes Dropship Di Shopee Jer

Hai,

Anda pernah dengarkan pasal Shopee? Pernah beli barang kat Shopee? Hah! Apa kata, anda sendiri jual pula barang di Shopee! Shopee pun sekarang dah berjuta barang disenarai untuk jualan. Macam-macam boleh dapat bukan sahaja dalam negara malahan luar negara pun Shopee ada buat penghantaran.

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu! Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu! Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu? Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu!

Jangan lepas kan peluang lubuk keemasan ini kerana platform Shopee sekarang sudah dikenali ramai sehinggakan pelanggan sanggup menunggu jika Shopee ada buat sales gempak! Anda pernah dapat harga semurah di Shopee dan tak dapat ditempat lain kan.. Saya pun suka usha2 website shopee tu ...

Pengalaman Naik Bus Citytour KL Hop On Hop Off

Hai,

Masa pergi KL tempoh hari berkesempatan dengan Matta Fair, jenuh saya berjalan-jalan melihat pakej pelancongan yang ditawarkan. 

Agak rambang mata kerana terlalu banyak syarikat pelancongan berlesen menawarkan pakej mereka meliputi perjalanan dalam Malaysia mahupun luar negara. 

Berbalik kepada cerita kita, pada masa yang sama KL Hop On Hop Off ada membuka booth jualan dan mempromosikan tiket bas tersebut. 

Gambar oleh KL Hop On Hop Off

Lelaki Ini Menjana Pendapatan Lumayan Di Shopee

Anda pernah masuk apps Shopee? Tak kiralah nk cuci mata atau membeli belah. Pernah terfikir untuk berniaga di platform Shopee? Ikuti kisah usahawan shopee ini..

Nama beliau sebenarnya ialah.. Mohd Fahmi! Tapi di internet! Dia lebih dikenali sebagai Jenin oleh para pelanggannya! Dia tu sebenarnya dah lama berniaga di Internet! Sejak tahun 2007 lagi! Sebelum berniaga di Shopee, dia telah berniaga di Ebay, Lelong, Lazada dan juga Amazon.


Pertengahan tahun 2015, Shopee mula dibuka di pasaran Malaysia dan dia adalah antara batch yang terawal yang dijemput oleh pihak Shopee untuk membuka kedai dan berniaga di Shopee!

Selain menerima status Shopee Preffered Seller, dia juga mempunyai rekod sebagai eBay Top Rated Seller dan  Lelong Star Seller.

Nak cakap banyak sangat tu! Takderlah banyak sangat! Tapi Alhamdulillah, setiap minggu, bolehlah konsisten dapat jualan 4 angka katanya! Kalau kita yang tak pernah dapat sebanyak tu mungkin rasa dah bertuah dan syukur sesangat kan .. 

Al-Kisahnya.....!
Pada mulanya, dia berniaga di Shopee ini senyap-senyap je!
Dia buat sendiri-sendiri je... Memang takder lah nak mengajar atau bagitahu kat sesiapa pun!

Tapi! Pandangan dia berubah apabila dia bertemu dengan beberapa orang kenalan rapat yang mengadu kepada dia tentang masalah mereka untuk menjana pendapatan sampingan serta mendapatkan jualan bagi perniagaan mereka!

Lantas, lahir lah  EBOOK BISNES SHOPEE

Review Aiken Skincare & Pencuci Muka Cosmoderm

Hai,

Lelaki ataupun wanita sekarang pun dah pandai menitikberatkan penjagaan wajah. Tapi awas ya jangan sebarangan cuba produk yang tak selamat. Nanti jadi teruk pula dan ada kesan sampingan..

Siapa dah cuba Aiken punya produk ni? Ini produk rangkaian khas untuk penjagaan muka terutama jenis berminyak dan ada jerawat. Kalau anda dah cuba, boleh komen dibawah ya...

Rutin penjagaan harian mestilah meliputi:
  • Membersih muka 
  • Guna toner selepas membersih
  • Melembab
  • Merawat jerawat yang timbul


Rangkaian terbaru produk AIKEN . Saya cuma guna 3 bahagian sahaja daripada atas tu..
''This new year say hello to the new look of Aiken Tea Tree Oil skincare range with new improved formulation.'' - AIKEN Malaysia

Puan Jamilah Bermula Dengan Dropship Di Shopee

Puan Jamilah,  Kerani Yang Selalu Sakit!

Puan Jamilah, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. 

Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan saya terpanggil untuk mengajar dia menjual di Shopee

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya. Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. 

Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.

Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.

Hah!... begitulah kisahnya!
Setelah saya bertemu dan mengajarkan beberapa orang kenalan saya ini tentang Shopee dan melihat sendiri bagaimana Shopee ini dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik! 

Ianya telah mengubah pandangan dan menyuntik semangat saya untuk mengajarkan tentang Bisnes di Shopee ini kepada lebih ramai orang lagi!

Jadi.. saya pun mengambil keputusan untuk meluangkan masa menulis sebuah panduan berniaga di Shopee secara langkah demi langkah!  Selepas hampir 3 bulan mencuri-curi masa di dalam kesibukan mengurus order di Shopee...

Akhirnya.. terhasil lah....EBOOK PANDUAN BISNES DI SHOPEE

Rahsia Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

Assalammualaikum  & Hi, 

Sedar tak sedar, tinggal beberapa  bulan sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan.

"Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini."

Dan seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan nanti, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga.

Kalau anda ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan pada bulan Ramadhan nanti.... inilah waktunya untuk anda mulakan langkah.

Maklumlah, pada waktu ini, sudah ada beberapa tempat yang akan mula membuka pendaftaran untuk sewa tapak bagi bazar ramadhan nanti.

5 Kelebihan Bisnes Tudung Sendiri

Hai, mungkin ramai dalam kalangan pembaca rasa berminat untuk menjual tudung secara part time secara online ? 5 kelebihan jual tudung jenama sendiri secara online sahaja dan anda dapat menjana pendapatan 4-5 angka dengan mudah..

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tinggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

[TERKINI]: Dn Hans Berwajah Baru & Formulasi Baru [Update 2023]

Untuk jelitawan semua, anda mungkin tercari-cari Dn Hans kan? 

Bagi tahun 2022 Dn Hans sudah bertukar packaging terbaru yang lebih esklusif dan menarik! Ditambah baik dengan bahan-bahan formulasi baru untuk pengguna tersayang!

Memang diakui oleh pengguna Dn Hans itu sendiri bahawa mereka suka dengan jenama ini sejak sekian lama memandangkan produk ini sudah mendapat sambutan dihati mereka

Saya pun dah lama jual DnHans boleh dikatakan rata-rata pengguna amat berpuas hati. Dann kami pun dah ada kelompok penggemar kategori DnHans Lovers. Best tau, yg umur 40an kata kulit dan cantik, tegang je bila bangun pagi. Ada juga dalam kalangan 50an kata sejak dia amalkan dnhans luka-luka di kulit senang sembuh dan sebagainya

Untuk sekotak dnHans ada 28sachet. Boleh guna sebulan ya. Jika sis dah amalkan selalu jgn cuba-cuba skip dan tukar - tukar produk. Kita nak bagi serasi ni kekadang ambil masa untuk yang baru bermula



Untuk pengetahuan, produk Dn Hans tidak dijual berleluasa dan boleh didapati dari kami secara sah dan pastikan ia original. Nak yang original sila tekan link Whatsapp dibawah

Boleh dikatakan Dn Han bukan sesenang nak jumpa diluar sana demi menjaga ketulenan dan kebaikkan serta mutu produk supaya esklusif gituu



JGN RISAU.. KINI...
Remajakan kulit anda  dengan D'N~HAns..





,
D'N~HANS membantu melindungi dan mempertahankan kulit anda dari kerosakan persekitaran seperti sinar UV, bintik hitam, pigmentasi, dan penuaan pra-matang kulit, menjadikan kulit anda muda dan sihat.

KEISTIMEWAAN DN HANS 
- Menganjalkan kulit.
- Meremajakan kulit.
- Mengecilkan pori-pori terbuka.
- Membantu mengurangkan kedutan halus.
- Meningkatkan daya pencerahan kulit.
- Mengurangkan masalah jeragat.
- Masalah kuku dan tumit pecah.
- Masalah luka luaran / dalaman.
- Mengurangkan masalah bersin.
- Sesuai untuk wanita lepas bersalin.


Order Segera! Jangan Terlambat .. :)

[AMARAN]: Serius nak cuba dan nak consume je boleh WhatsApp. Kalau tak serius dan main-main JANGAN WhatsApp yerr

Bagi sesiapa yang berminat dengan Dn Hans boleh Whatapps, klik je link dibawah:

Nak order Wasap trus, kami ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡
📲www.wasap.my/60133049082/SR.DNHANS

Cari kami di Facebook :



Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023